Sunday 6 May 2012

TAHUKAH ANDA???




TAHUKAH ANDA BAHAWA SEBAHAGIAN DARI DARAH DALAM BADAN KITA DIBENTUK OLEH AIR??
ISIPADU DARAH ADALAH TERDIRI DARIPADA AIR YANG KITA MINUM SEHARIAN..
TAPI BUKAN ALCOHOL (ARAK,BEER dan YANG SAMA WAKTU DENGANNYA)

TAPI ADA JUGA "MITOS" MENGATAKAN MEINUM BANYAK CECAIR BOLEH MENYEBABKAN "BUNCIT"
TAPI SAYA TAK RASA BEGITU...MALAH KITA DIGALAKKAN MEMINUM SEKURANG2NYA 2 LITER AIR SUAM/PUTIH/KOSONG...
KERANA BADAN KITA MEMERLUKAN AIR YANG MENCUKUPI...MALAHAN MEMINUM AIR PUTIH DALAM DIET SEHARIAN BOLEH MENYINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN MELALUI AIR KENCING...
TAHUKAH ANDA???
"TOKSIN" YANG BANYAK DALAM BADAN BOLEH MENYEBABKAN KANSER KOLON..
"TOKSIN" INI TERBENTUK DARIPADA MAKANAN YANG DIMAKAN...


"MITOS" YANG MENGATAKAN MEMINUM AIR YANG BANYAK BOLEH MENYEBABKAN BUNCIT ADALAH "TEKAAN YANG TIDAK BERASAS" NAK TAHU KENAPA??
SEBAB...
ISIPADU AIR YANG MENCUKUPI DALAM SISTEM BADAN BOLEH MENINGKATKAN ISIPADU DARAH...
SELAIN ITU IA MAMPU MENGELAKKAN SEMBELIT...
           
           KENAPA MEMINUM AIR YANG BANYAK MENYEBABKAN "BUNCIT" ADALAH  MiTOS??

SEBAB...
APABILA KITA RASA DAHAGA MAKSUDNYA SISTEM BADAN KITA MEMERLUKAN AIR...
SEMAKIN BANYAK ANDA MINUM...
SEMAKIN BANYAK PENGELUARAN AIR KENCING (PERASAN TAK?)
INI MAMPU MENYINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN DAN MENGELAKKAN KEPEKATAN AIR KENCING...
MANA ADA MEMBUNCITKAN PERUT...KERANA SEBAHAGIAN AIR YANG TIDAK DIPERLUKAN DALAM SISTEM BADAN AKAN DISINGKIRKAN DALAM BENTUK AIR KENCING,PERPELUHAN,VENTILASI DLL...


TAPI INGAT..
MEMINUM AIR SEJUK TIDAKLAH BERAPA DIGALAKKAN...
NAK TAU KENAPA???
AIS BOLEH MENGGEMUKKAN...
SEBAB...
SEBELUM MAKANAN SAMPAI KE SISTEM PENCERNAAN IA TERLEBIH DAHULU SINGGAH DI ESOFAGUS...
APABILA ANDA MEMINUM AIR SEJUK...
MAKANAN YANG DIMAKAN AKAN BEKU...
SO...
PENCERNAAN MENJADI LAMBAT..
KADANG2 TIDAK DICERNA LANGSUNG...
SO..
MAKANAN NI AKAN MENDAP DI DINDING ESOFAGUS DAN MEMBENTUK TISU LEMAK...
JADI ANDA AKAN MENJADI GEMUK...


LARI DARI TOPIK LAH PULA...
NAK TAHU TANDA KURANG AIR DALAM BADAN??

1.MULUT MENJADI KERING
2.MULUT BERBAU
3.MATA CENGKUNG
4.KULIT KERING

NI JER LHA UNTUK ENTRY YANG KALI INI...HARAP DAPAT DIJADIKAN PANDUAN DALAM MENITI KEHIDUPAN


_____BETO_____
880831
SIBU
608PM






Wednesday 2 May 2012

TIPS PUSH UPS YANG EFEKTIF







Push Ups merupakan latihan tekan tubi yang sangat popular dikalangan lelaki terutamanya yang inginkan badan berketul – ketul plus 6pax body! Mereka yang sudah berketul – ketul, sila jangan baca yer. ahaha.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tekan tubi? Tekan tubi merupakan latihan keseluruhan badan di mana apabila anda melakukannya dengan betul, anda mampu membentuk otot dada, bahu, trisep, belakang badan, abdomen dan juga kaki.
Kenapa senaman push ups ini menjadi pilihan ramai? Bagi saya, latihan push ups ini sangat mudah dilakukan, murah dan tidak memerlukan sebarang peralatan sokongan dengan hasil yang sangat efektif.


Jom saya kongsikan 5 tips Push ups;




Berbaring dalam keadaan mengadap lantai sambil kedua tangan anda diluaskan melebihi keluasan bahu anda. Perlahan – lahan bawa badan anda ke atas anggaran 2-3cm dari lantai. Imbangkan kedudukan tangan dan hujung jari kaki anda.
Pastikan sewaktu anda mengangkat badan, postur belakang badan anda dalam keadaan selaras dan lurus. Sebelum anda memulakan sebarang gerakan, pastikan kontraksi pada abdomen dengan cara menarik otot perut anda ke dalam. Pastikan kontraksi ini berterusan sepanjang latihan dilakukan.
Tarik nafas anda perlahan – lahan sambil merendahkan kembali badan anda kembali ke lantai. Kedudukan siku anda hendaklah 90 darjah dan lepaskan nafas sewaktu anda bangkit kembali.
Sekiranya matlamat utama anda adalah untuk mengempiskan perut yang ke hadapan, lakukan latihan ini sebanyak  ehem- ehem, tak banyak pun  100 kali sehari jer. ahaha. Sewaktu bangkit dan turun, pastikan kedua tangan anda dilembutkan. Jangan sesekali mengeraskan otot anda kerana ia boleh mendatangkan kecederaan. Sekian.



______dzeko______
880831
sibu
_____1146pm_____


MAKANAN MENINGKATKATAN KETAGIHAN MEROKOK


Anda merancang untuk berhenti merokok, tetapi…
‘aduh, susahnya’
Semakin cuba semakin sukar. Tahukah anda, ada makanan yang menambah rasa ketagihan nikotin. Terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam Experimental and Clinical Psychopharmacology berkenaan faktor pemakanan dalam meningkatkan ketagihan nikotin. Apakah makanan itu?

Gula

Gula dan nikotin mempunyai hubungan simbiotik. Gula suka bermain-main dalam darah kita. Apabila ia naik, ia akan jatuh disebabkan kawannya insulin dah panggil. Ini menjadikan anda inginkan lebih banyak gula. Dalam masa sama, rokok kata, dia boleh mengantikan gula dan mengisi kekosongan itu. Nikotin melepaskan gula ke dalam sistem anda.

Daging Merah

Menurut kajian Universiti Duke, sesetengah makanan hanya seolah-olah membuat rokok rasa lebih baik. Disebabkan itu, perokok suka merokok selepas makan. Menurut kajian daging meningkatkan rasa tembakau lebih berbanding makanan lain. Pernahkah anda rasa begitu lega, begitu layan merokok selepas makan steak? Kecuali untuk rokok menthol. Tiada perbezaan rasa nikotin selepas makan.

Minuman

Menurut kajian Universiti Duke juga, minuman seperti kopi dan alkohol juga menjadikan rokok rasa lebih sedap. Disebabkan itu, di kelab-kelab malam yang menghidangkan alkohol, tidak sah jika tiada rokok. Alkohol bukan sahaja mempunyai kesan neurobiologi yang membuatkan anda rindu pada rokok tetapi juga memberi kesan kepada kawasan pra-frontal korteks otak, bahagian yang mengawal membuat keputusan. Kafein juga menyebabkan tindak balas neurobiologi yang akan membuat anda inginkan rokok. Kafein bukan sahaja dalam kopi, malah coca cola, coklat, teh dan lain-lain.

Bagaimana Untuk Berhenti?

Jika sukar untuk mengawal keinginan, kekuatan mental yang lemah, mulakan dengan berhenti mengambil makanan yang menyebabkan ketagihan bertambah. Kemudian baru berhenti merokok. Cuba renungkan, kenapa di satu pusat pemulihan yang bagus, mereka menjaga pemakanan pesakit mereka dan memaksa mereka bersenam untuk hentikan ketagihan?


____dzeko___
880831
____1050pm___
sibu

HYPERTENSI


Hipertensi atau tekanan darah tinggi seolah-olah sudah menjadi sakit biasa di kalangan kita semua. Jika dahulu, kita boleh dapati penyakit hipertensi hanya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas tetapi kini umur 20-an pun ada, bahkan dah banyak kes melibatkan kanak-kanak.
Tekanan darah dinyatakan dalam dua nombor. Nombor yang lebih tinggi adalah tekanan darah sistolik, yang merupakan tekanan yang diberikan oleh darah terhadap dinding pembuluh darah ketika jantung kontrak atau dalam bahasa mudah ketika jantung bekerja mengempam ke seluruh badan. Nombor yang lebih rendah adalah tekanan darah diastolik yang merupakan tekanan baki yang ada di antara kontraksi jantung, atau ketika jantung berehat. Tekanan darah normal memberi aliran darah yang cukup ke organ vital termasuk otak, jantung, ginjal, usus, dan otot rangka.
Tekanan darah tinggi menjadi penyakit dan faktor risiko penyakit lain. Pada peringkat tertinggi, ada kemungkinan peningkatan kematian disebabkan strok, penyakit jantung, kegagalan ginjal dan lain-lain. Sebelum ini tekanan darah 120/80 mmHG dianggap normal, tetapi baru-baru ini, WHO telah menetapkan 112/72 mmHG sebagai normal dan 120/80 mmHG telah dijadikan sempadan kepada hipertensi tahap 1.

Sumber : Zakikhan.net
Banyak penyebab terjadinya hipertensi. Antaranya seperti kombinasi dari predisposisi genetik, faktor persekitaran seperti asupan natrium yang berlebihan atau dalam bahasa mudahnya pengambilan garam berlebihan, gaya hidup, tekanan dan sebagainya.
Tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan cara bersenam dan menurunkan berat badan berlebihan, mengurangkan pengambilan garam dan alkohol. Kes-kes yang lebih serius dirawat dengan ubat-ubatan seperti diuretik, beta bloker, antagonis kalsium, angiotensin-converting enzyme inhibitor, alpha blocker dan sebatian yang mempengaruhi regulasi pusat di otak.
Kanak-kanak dan Hipertensi
Kanak-kanak yang berdepan dengan hipertensi adalah serius kerana ia meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan masalah perubatan yang lain di masa dewasa kelak. Komplikasi serius boleh dielakkan dengan memastikan anak mendapatkan pemerikasaan tekanan darah teratur dan mendapatkan rawatan dengan segera.
Jika tidak dirawat, hipertensi boleh mengakibatkan komplikasi jangka panjang seperti berikut:
- aterosklerosis, juga disebut arteriosclerosis
- penyakit caskular periferi
- serangan jantung
- strok atau angin akhmar
- pembesaran jantung dan kegagalan jantung
- kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang
- retinopati atau buta

Ateroskerosis adalah pengerasan pembuluh darah. Dinding arteri mempunyai lapisan dan rangkaian elastik yang membuat mereka fleksibel dan mampu membesar dan menyempit sebagai aliran darah melalui mereka. Tekanan darah tinggi boleh membuat dinding arteri menebal dan mengeras. Kolesterol dan lemak lebih cenderung membina di dinding arteri yang rosak yang seterusnya menyebabkan arteri lagi sempit. Jika laluan menjadi sempat, kelajuan darah keluar menjadi sangat laju.
Hipertensi membuat jantung bekerja lebih keras utuk mengepam darah. Beban kerja tambahan boleh membuat otot jantung menebal dan meregang. Ketika jantung tidak dapat mengempan cukup darah, itu dinamakan kegagalan jantung.
Ginjal memadam sisa buangan badan dari darah. Jika hipertensi berlaku, sisa kurang ditapis daripada darah yang mana seterusnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Ketika itu dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan.
Faktor
Antara faktor dikenal pasti seperti
- kurangnya aktiviti fizikal
- diet tinggi lemak, garam dan gula
- keturunan
- berat badan rendah ketika lahir
- lelaki lebih berisiko
- bangsa
- keadaan bawaan seperti coarchtation dari aorta
- diabetis
- penyakit ginjal
- pengambilan alkohol berat
- penggunaan steroid anabolik
Simptom
Secara umumnya tiada gejala yang ketara. Gejala-gejala yang mungkin seperti
- lekas marah
- menangis berlebihan
- gagal menambah berat badan
- selalu demam
- kepala berpusing
- sakit kepala
- muntah
- jantung berdebar-debar
Rawatan
Tiada rawatan yang benar-benar dapat menghilangkan tekanan darah tinggi. Kebanyakan rawatan dapat mengawal dan menurunkan tekanan darah ke paras normal. Hipertensi secara umumnya perlu dirawat dengan perubahan gaya hidup, termasuk diet dan bersenam. Perubahan gaya hidup meliputi
- menurunkan berat badan
- bersenam secara teratur
- mengurangkan lemak, garam dan gula dalam diet
- menguruskan tekanan atau stres
- berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol
- meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran
- mengurangkan pengambilan daging, makanan segera, makanan dalam tin, makanan beku dan sebagainya yang berkait dengan tekanan darah tinggi
Cara Bersenam
Cara bersenam bagi penghidap hipertensi tidak sama dengan orang biasa. Saya akan masuk topik cara bersenam untuk hipertensi dalam entri akan datang. Hari ini sebagai pengenalan kepada hipertensi.

AIS BOLEH MENGGEMUKKAN??

Ais memang membantu untuk hilangkan dahaga even time kita tak dahaga pon kita still suka minum ais sebab menyamankan tekak dan bila sebut pasal diet, orang mesti cakap ‘jangan minum air berais, kalau nak cepat kurus!‘ dan ini bukan mitos. BETUL, bila kita minum ais, tambah tambah lepas makan memang tak membantu untuk kita turun kan berat badan kita.


Kenapa Air Berais Menggemukkan?



Bila kita makan, makanan akan lalu kat esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain dan akan berehat sebentar di esofagus. Lepas makan, kita pulak minum minuman berais & lemak yang ada dalam makanan tadi akan beku & memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
So, selain menggemukkan or susah nak kurus, ais jugak salah satu sebab lain ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan,jangan makan nasi berulam air. Kalau kita minum air suam lepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita.
Kita jugak boleh cuba amalkan seperti budaya orang Jepun yang meminum teh hijau suam selepas makan untuk neutralize balik toksin dalam badan. Sangat bagus!


_______DZEKO_______
880831
1011PM
SIBU